Sekolah Jenis Kebangsaan buang bendera Malaysia?



KUALA KEDAH – Biadap! Itulah ungkapan yang paling sesuai digambarkan terhadap tindakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan di Kuala Kedah yang membuang Jalur Gemilang ke dalam tong sampah.

Tindakan yang disifatkan tidak menghormati negara itu turut mendapat kecaman dan menimbulkan kemarahan orang ramai, khususnya penduduk setempat.

Difahamkan, sejumlah bendera yang kelihatan masih elok itu telah dibuang ke dalam tong sampah sekolah tersebut pada Khamis lalu.

Berikutan itu, satu laporan telah dibuat penduduk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, pada Sabtu.

Perkara itu juga mendapat perhatian serius oleh Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut memberi teguran kepada pihak sekolah berkenaan.

“Kita telah beri teguran bukan sahaja kepada pihak sekolah itu, tetapi juga mana-mana pihak tentang perkara yang berkaitan dengan bendera merupakan lambang negara, tidak boleh dimainkan.

“Kita ada prosedur yang perlu diikut sebelum melupuskan bendera yang telah rosak. Namun kementerian akan menunggu laporan penuh berhubung kejadian berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan