Pas kekal ketua pembangkang Dun Kedah


ALOR SETAR – Pas masih kekal sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah kerana mempunyai majoriti lapan kerusi Dun.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

“Sehingga sekarang ia (Ketua Pembangkang) masih kekal kepada Pas sebab mereka ada majoriti kerusi, sementara Pakatan Harapan hanya ada tujuh kerusi Dun.

“Masing-masing dua daripada DAP, empat daripada PKR dan satu Amanah,” katanya pada sidang media, semalam.

Mengulas mengenai kemungkinan dua Adun Pas Kedah akan menyertai Amanah, beliau tidak menafikan perkara itu.

“Itu saya tidak dapat ulas, mungkin ia hanya spekulasi. Tetapi saya akan rujuk perkara ini kepada pihak berkenaan dahulu,” katanya.

Phahrolrazi yang merupakan Adun Pangkalan Kundur juga telah menyerahkan surat makluman pertukaran keahlian parti disertainya kepada Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozai Safian di Wisma Darul Aman, semalam.

“Sebelum ini saya telah isytiharkan untuk menganggotai Amanah dan secara automatik keahlian saya dalam Pas terbatal.

“Berikutan itu, saya mengadakan pertemuan dengan Speaker Dun Kedah untuk menyerahkan surat makluman secara rasmi bagi menentukan kedudukan baru saya dalam persidangan dewan nanti,” katanya.

Menurutnya, kedudukannya yang berada di barisan paling hadapan bersama Pas pada sebelum ini mungkin akan berubah dan ditempatkan bersama rakan-rakan Pakatan Harapan.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan