Bonda Ummu Jah tenat



JITRA  - Isteri kepada bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam, Hatijah Aam, dilaporkan berada dalam keadaan tenat di Kedah Medical Centre, Alor Setar sejak Sabtu lalu.

Beliau yang mesra dengan panggilan Bonda Ummu Jah dipercayai mula dimasukkan ke sebuah hospital di Australia beberapa hari lalu sebelum dipindahkan ke Malaysia.

Menurut salah seorang bekas pengikut kumpulan itu, Ummu Jah kini ditempatkan di bilik ICU dan pelawat tidak dibenarkan masuk, kecuali ahli keluarga terdekat.

Difahamkan, keadaan Ummu Jah pada ketika ini amat tenat apabila terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejak Khamis lalu.

Ummu Jah yang juga merupakan Pengerusi Global Ikhwan akan dibawa pulang ke kediamannya dekat Kampung Temalang, di sini, selepas mendapat persetujuan ahli keluarga untuk menghentikan alat bantuan pernafasan tersebut.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan