Had laju dikurang 70km/j


ALOR SETAR – Had laju semua jalan di Kedah dikurangkan sebanyak 10 kilometer sejam (km/j) mulai 16 Julai hingga 25 Julai ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi satu kenyataan media.

Menurutnya, keputusan itu telah dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah semalam (15 Julai).

“Had laju di semua jalan, tidak termasuk jalan persekutuan dan lebuh raya di negeri ini dikurangkan daripada 80km/j kepada 70km/j berkuat kuasa hari ini.

“Perintah ini berkuat kuasa mengikut Perintah Had Laju Tempatan (Jalan Negeri)(Larangan Masa Tertentu) 2015, yang diperuntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menasihati semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan.

“Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan selamat,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan