Mahkamah kecoh tahanan kena sawan



ALOR SETAR – Mahkamah Tinggi Alor Setar menjadi kecoh apabila seorang tahanan yang sedang menunggu proses daftar reman diserang sawan.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan reman selepas ditahan sepasukan polis di satu lokasi sekitar Alor Setar bersabit kes dadah.

Kejadian kira-kira jam 11.28 pagi itu turut menyebabkan proses reman sedikit terganggu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan mengesahkan kejadian.

Tertuduh dibawa ke Hospital Sultanaha Bahiyah (HSB) untuk rawatan dengan bantuan ambulans.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan