PRK PERMATANG PAUH: Anwar tidak boleh mengundi


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa mengikut Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim (bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh) tidak boleh keluar dari penjara untuk mengundi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Anwar hilang kelayakan itu mengikut Perkara 119(3)(a) Perlembagaan Persekutuan:

“Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan.”

Beliau bagaimanapun tidak menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari pendekatan terbaik bagi membolehkan banduan turut terlibat dengan proses membuang undi.

“Saya mengalu-alukan langkah tersebut dan mencadangkan supaya Pilihan Raya Permatang Pauh dijadikan tapak projek pertama, membenarkan banduan politik nombor satu Malaysia, untuk mengundi.

“Bukankah jangka masa lebih daripada setahun cukup untuk mencari mekanisme undang-undang yang selari dengan Akta Penjara dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan