KANGAR –
Polis Perlis sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah sebuah
kereta milik orang awam terkena peluru semasa insiden tembakan rambang ke arah
suspek yang dipercayai terlibat dalam kes samun, pada 26 Mei lalu.
Timbalan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (risikan/operasi), Ibu Pejabat Polis Kontinjen
(IPK) Perlis, Deputi Superintendan Teoh Paik Leng berkata, pihaknya mengesahkan
berlaku insiden tersebut pada waktu dan hari berkenaan.
Beliau
berkata, bagaimanapun, pihaknya masih dalam siasatan untuk memastikan dakwaan
tersebut adalah benar atau sebaliknya.
“Kita sudah
buka kertas siasatan dan sedang menyiasat adakah benar kereta dia terkena
peluru itu atau terkena benda lain,” katanya.
Dalam
perkembangan sama, polis juga telah berjaya menahan suspek semasa insiden
tembakan tersebut selepas salah satu tempakan mengenai pada tayar keretanya
sebelum terbabas di tepi jalan.
Menurutnya,
suspek yang berumur 33 tahun itu kini ditahan reman sehingga 2 Jun untuk
membantu siasatan berhubung kes samun sebuah kedai menjual telefon di Padang
Besar.
“Kita juga
sedang mencari seorang lagi suspek, Choong Hooi Lean, 29, yang dipercayai terlibat
dalam kes sama,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan