ALOR SETAR –
PKR Kedah mencabar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk
menghadari himpunan Blackout 505 yang akan diadakan di Kedah nanti.
Ketua Biro
Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, gesaan ini berikutan bagi
membuktikan apa yang dikatakan oleh Mahathir menerusi blognya bahawa pengundi
Cina pada PRU13 sebagai rasis adalah tidak benar.
Menurutnya,
kenyataan Mahathir menerusi blognya chedet.cc adalah satu tindakan yang amat
bahaya dan boleh dikategorikan sebagai kesalahan hasutan yang boleh membangkitkan
perasaan benci antara kaum di negara ini.
“Dia kata
pengundi Cina pada PRU13 sebagai rasis sebab tidak menyokong BN. Dalam perkara
sama, dia juga menyifatkan tindakkan itu sebagai cubaan untuk meminggirkan
orang Melayu dalam politik dan ekonomi negara.
“Pada saya,
kenyataan Mahathir amat bahaya. Saya tidak faham kenapa seorang bekas Perdana
Menteri boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Jadi, saya
mencabar dia untuk hadir pada himpunan tersebut untuk menilai sendiri dakwaan
dia. Saya yakin penganjur himpunan juga akan mengalu-alukan kehadiran beliau,”
katanya pada sidang media, semalam.
Menurutnya,
akibat perkara itu, beliau tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar
untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan berbaur hasutan tersebut.
“Kita buat
laporan polis itu sebab mahu pihak polis dan peguam negara ambil tindakan
terhadap Mahathir. Dia harus bertanggungjawab ke atas kenyataan itu dan
dinasihatkan tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh merosakkan hubungan
antara kaum di negara ini dengan sewenangnya,” katanya.
Sebelum ini,
Mahathir menerusi blognya melaporkan, sebahagian besar daripada peserta siri
himpunan yang diadakan di seluruh negara selepas PRU13 (blackout 505) adalah
terdiri daripada kaum Cina.
Menurutnya,
himpunan tersebut secara umumnya itu merupakan itu melibatkan orang Cina dan
meramalkan perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius.
Manakala, orang Melayu akan terus tersisih dari ekonomi dan politik.
0 Komen :
Catat Ulasan