ALOR SETAR –
Penyokong PR dinasihatkan supaya tidak membawa sebarang senjata semasa
menghadiri satu himpunan yang akan diadakan di padang berhadapan sebuah pusat
membeli-belah di Petaling Jaya pada 25 Mei nanti.
Ketua
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin berkata,
himpunan aman itu diadakan adalah bertujuan untuk menuntut keputusan pilihan
raya yang adil.
Beliau
berkata, himpunan itu antara lainya juga adalah menggesa supaya amalan demokrasi
yang diamalkan di negara ini dapat dikembalikan.
“Kita ada 60
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didokong oleh pelbagai parti politik
bergabung dibawah suara rakyat 505. Kita akan mulakan pesta rakyat pada sebelah
petang hingga malam.
“Kita
berkumpul di padang dan jangan bawa sebarang senjata tajam atau berbahaya. Tapi
kita bawa suara rakyat 505,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Himpunan
Black505 di Kompleks Pas Kedah, Batu 9, di sini, malam kelmarin.
Badrul
Hisham dalam kenyataan sebelum ini juga ada mengatakan bahawa himpunan tersebut
tidak ada kaitan dengan dakwaan mahu merampas kerajaan ala ‘Arab Spring’ atau ‘Malaysian
Spring’.
Beliau yang
lebih mesra dengan panggilan CheguBard turut menyifatkan lantikkan barisan kabinet
yang baru oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tindakan yang
panik.
“Dia lantik
orang yang tiada kreadibiliti. Ini kali pertama dalam sejarah, Najib jadi panik.
Dia lantik Menteri dari bukan ahli dewan. Malah, orang itu juga masih belum angkat
sumpah sebagai Senator, tapi sudah angkat sumpah jadi Menteri.
“Dalam
perkara lain, dia main isu perkauman. Depan orang Melayu dia kata bela Melayu.
Kononya Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) jahat, orang Cina jahat.
Tapi bila dia lantik P Waythamoorthy jadi menteri, terus jadi baik. Ini pembohong
namanya,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan