Promosi

Promosi
PR akan batalkan GST jika tadbir negara

Kerajaan laksana peningkatan GST 4% kepada 7% 
 
 ALOR SETAR – PR menegaskan akan membatalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya berjaya membentuk sebuah kerajaan melalui petisyen atau bantahan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan dikemukakan nanti.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedia membatalkan GST itu berikutan kerajaan BN yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan GST dengan kadar yang terlalu tinggi.

Beliau berkata, perlaksanaan itu secara tidak langsung juga akan memberikan bebanan kepada rakyat di negara ini, terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah.

“Sistem ini adalah sistem demokratik yang hanya bagi tahu arahan dan tidak menghormati orang lain. Kami akan terus lawan. Bila kita perintah, kita akan batal GST,” katanya pada Himpunan Black505 di Kompleks Pas Kedah, Batu 9, di sini, malam kelmarin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut mendakwa, rancangan menaikkan kadar GST daripada empat peratus kepada tujuh peratus juga akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang seperti baju, kasut, makanan dan sebagainya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, Malaysia mampu meraih sumber pendapatan sehingga RM27 bilion setahun jika GST dilaksanakan pada kadar tujuh peratus.

Kadar GST berkenaan juga adalah merupakan kadar yang sama dengan Singapura. Dalam pada itu, hanya terdapat dua negara di Asia Tenggara yang masih belum melaksanakan GST berkenaan iaitu Malaysia dan Myanmar.

Tiada ulasan