"Supaya tidak ganggu Mukhriz"
ALOR SETAR –
Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Timbalan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan disifatkan sebagai untuk
menyelamatkan ketegangan politik Umno di Kedah.
Calon PKR di
kerusi Dun Bakar Bata, Eekmal Ahmad berkata, keputusan tersebut juga mungkin
boleh menyebabkan Ahmad Bashah tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada
tugas dan tanggungjawabnya untuk masyarakat setempat.
“Saya
ucapkan tahniah sebab dia dilantik sebagai timbalan menteri. Tapi saya nak
pertikai perlantikan itu. Kenapa dia (Ahmad Bashah) yang juga Adun Bakar Bata
dan mempunyai tanggungjawab dalam negeri boleh dilantik sebagai timbalan menteri.
“Pada saya,
lantikkan ini hanyalah keputusan politik kepartian untuk tujuan tertentu.
Sekiranya Najib memang berhasrat untuk melantik dia sebagai timbalan menteri,
patutnya dari awal lagi dia bertanding di mana-mana kerusi Parlimen,” katanya.
“Saya cuma
nak pertikai sebab mampukah dia memperi tumpuan kepada tiga tanggungjawab
sekaligus dalam masa sama,” katanya.
Ditanya
mengenai apakah perancangannya selepas tidak memenangi kerusi Dun Bakar Bata
apabila tewas kepada Ahmad Bashah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Eekmal
berkata, pihaknya akan terus berkhidmat untuk rakyat.
“Insya-ALLAH
kita akan buka pusat khidmat selepas ini dan terus lawan. Kita akan terus
berkhdimat di Bakar Bata dan Alor Setar serta memberi tumpuan kepada anak-anak
muda,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan