'PR MANAGER EVENT BIADAP, TIDAK MOHON MAAF'
Pengamal media 'berkhemah' di hadapan |
ALOR SETAR –
Semua pengamal media di Kedah ‘diusir meninggalkan perkarangan Kolej Universiti
Insaniah (Kuin) daripada membuat liputan program klinik usahawan Dr Azizan
Osman, yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Difahamkan,pada
awalnya, Pengurus Perhubungan Awam (PR Manager Event) telah mengusir tiga orang
pengamal media kira-kira jam 2.30 petang, semalam.
Selang
beberapa minit selepas ketibaan Datuk Mukhriz di perkarangan Insaniah, PR
Manager Event bersama beberapa crew event sekali mengusir pengamal media keluar
meninggalkan kawasan daripada membuat liputan.
Akibat
ketidakpuasan itu, pengamal media bertegas mahu PR Manager berkenaan tampil
memohon maaf kepada semua yang berkenaan. Bagaimanapun, individu berkenaan ‘degil’
dan ‘keras kepala’ untuk memohon maaf.
Tidak cukup
dengan itu, pihak berkenaan sekali lagi mengarahkan anggota Rela untuk ‘mengunci’
pintu pagar Insaniah daripada membenarkan pengamal media memasuki perkarangan
institusi berkenaan.
Beberapa jam
kemudian, Pengarah Program (Event Menager) berkenaan tampil bertemu semua
pengamal media yang ‘berkhemah’ dihadapan Insaniah setelah diasak beberapa kali
untuk menghormati pengamal media yang bertugas.
Akur dengan
desakkan itu, Event Manager memohon maaf berkali-kali kepada pengamal media
diatas insiden yang berlaku dan berjanji tidak akan memaksa pengamal media
membuat liputan mengenai program berkenaan, sebaliknya menjaga imej Mukhriz.
Menurut sumber,
alasan PR Manager Event tidak membenarkan pengamal media membuat liputan
program berkenaan adalah tidak munasabah.
“Dia kata
tak ada kad perakuan media.. dah tunjuk, tak bagi masuk pula.. sebab media tak
mau ‘cover’ program.. nak ‘cover’ mukhriz saja...”, katanya.
Setelah
diadakan perbincangan dengan Event Manager, pihaknya berjanji akan memberi
jaminan kepada keselamatan media dan ditempatkan diruangan bilik tetamu untuk
sesi sidang media bersama Mukhriz.
Sesi sidang
media berkenanaan berakhir kira-kira jam 5 petang semalam. Bagaimanapun, PR
Manager Event, Crew Event dan anggota Rela yang terlibat menghilangkan diri dan
tidak memohon maaf kepada pengamal media.
0 Komen :
Catat Ulasan