'Tiada halangan selagi patuhi undang-udang dan arahan polis'
ALOR SETAR –
Polis tidak mempunyai halangan untuk membenarkan penganjuran Himpunan ‘Blackout
505’ diadakan di Kedah selagi ianya tidak melanggari mana-mana kesalahan atau
syarat yang ditetapkan.
Ketua Polis
Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya ada
menerima permohonan permit daripada pihak penganjur untuk mengadakan himpunan
tersebut.
Beliau
berkata, bagaimanapun, pihaknya masih belum dapat memberi keputusan membenarkan
pihak berkenaan untuk adakan himpunan tersebut berikutan lokasinya belum
ditetapkan lagi.
“Kita ada
menerima permohonan permit daripada mereka, tapi kita belum luluskan lagi atas
sebab-sebab tertentu yang belum lengkap.
“Kalau
mereka nak buat himpunan itu, terpulang kepada mereka. Kita tiada halangan
selagi mereka mematuhi undang-undang dan arahan pihak polis,” katanya.
Adzaman
berkata, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu lokasi sebenar untuk mereka
adakan himpunan tersebut sebelum dapat diberikan permit.
“Kita
nasihatkan mereka supaya tidak buat dikawasan pekan dan sebagainya. Tapi kalau
buat di markaz mereka, kita tidak akan halang. Bagaimanapun, kita masih akan
pantau keadaan itu,” katanya.
Menurutnya
lagi, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyertai himpunan tersebut
sekiranya ia tidak mendapat permit mahupun diadakan di kawasan yang tidak
dibenarkan.
0 Komen :
Catat Ulasan