PKDK cawangan KL dan Selangor dibubar



ALOR SETAR – Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) cawangan Kuala Lumpur (KL) dan Selangor dibubarkan kelmarin.

Setiausahanya, Tunku Izman Tunku Yahya berkata, pembubaran itu terpaksa dilakukan demi menjaga imej dan nama baik persatuan.

Katanya, ia juga sebagai alasan bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan kuasa dan aktiviti-aktiviti yang mencemarkan nama baik PKDK.

“Hasil siasatan kita telah mengesan beberapa individu di sekitar KL dan Selangor, khususnya di negeri ini telah memakai lambang kereta (crest) palsu dengan tertera lambang ahli bersekutu PKDK.

“Kita juga difahamkan mereka ini sanggup mengeluarkan belanja ribuan ringgit hanya untuk membeli lambang itu dari sindiket tertentu.

“Untuk memastikan nama baik PKDK, kita terpaksa buat keputusan membubarkan PKDK cawangan KL dan Selangor,” katanya.

Tunku Izman menegaskan, penggunaan lambang kereta yang tertera lambang PKDK adalah tidak dibenarkan kepada mereka yang bukan ahli PKDK.

“Dalam PKDK tidak wujud ahli bersekutu terutama kepada bukan Melayu. Borang untuk dapatkan lambang kereta itu juga hanya boleh didapati di pejabat PKDK, di sini dan bukan daripada individu-individu tertentu yang mengaku hak membuat lambang kereta PKDK.

“Orang ramai harus berwaspada dengan sindiket penipuan ini,” katanya.

Orang ramai yang punyai masalah atau aduan berhubung penyalahgunaan lambang kereta tersebut juga boleh terus berhubung dengan PKDK di alamat 214, Tingkat 1, Susuran Sultan Abdul Hamid 7, Persiaran Sultan Abdul Hamid,di sini atau hubungi talian 04-7712750.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan