ALOR SETAR –
Umno tidak gusar dengan cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan
sekurang-kurangnya 35 peratus calon muda dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, cadangan
PKR itu dilihat hanyalah satu pendekatan yang digunakan untuk meniru strategi
Umno dalam PRU nanti.
Katanya,
Bagaimanapun, Umno tidak ambil peduli dengan peniruan strategi yang digunakan
pembangkang kerana yakin kemenangan akan terus berpihak kepada Umno.
“Kita tidak
kisah kalau mereka nak tiru strategi kita. Umno juga ada strategi sendiri dan
yakin kaedah yang kita gunakan mampu menarik sokongan pengundi-pengundi baru
dalam PRU13 nanti.
“Kita tidak
nafikan saingan kali ini agak kuat sebab kedua-dua parti lawan meletakan calon
baru dan muda.
“Tapi dengan
kesungguhan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan
pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya, pengundi baru
terutamanya mampu memberi sokongan kepada Umno,” katanya kepada Media Wahana
selepas menyampaikan sumbangan wang tunai kepada keluarga dua beradik yang mati
lemas akibat terjatuh ke dalam muara Sungai Kuala Kedah, semalam.
Ahmad Bashah
berkata, kesungguhan Najib untuk menjaga kepentingan anak muda dilihat dapat
membantu perjuangan Umno di masa depan.
“Sekarang
kita sudah nampak Najib banyak memberi sumbangan dan jaga kepentingan anak-anak
muda. Dulu tidak nampak, sekarang bantuan cukup banyak.
“Ini kerana
anak-anak muda inilah yang bakal membangunkan negara di masa hadapan. Kalau
tiada kesinambungan calon baru dan muda, macam mana negara nak terus membangun,”
katanya.
Terdahulu, sebuah
laman sesawang melaporkan pemimpin muda akan disenaraikan sekurang-kurangnya 35
peratus daripada senarai calon PKR bagi PRU akan datang sebagai langkah agresif
parti tersebut untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam perlawanan penting
merebut undi golongan muda, kata setiausaha agungnya, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail.
0 Komen :
Catat Ulasan