ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Kedah dijangka menurunkan seramai 40 peratus calon baru dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kebolehan.
Pengerusinya,
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, calon baru yang dilantik itu menjadi
taruhan besar parti dalam menarik sokongan golongan muda, pengundi baru dan
profesional.
Katanya,
calon itu mestilah mempunyai beberapa ciri seperti berkhidmat kepada masyarakat
dengan cemerlang, mesra penduduk dan mudah didekati serta bebas daripada
sebarang rekod negatif.
“Yang lebih
penting, calon muka baru itu mestilah bersedia berusaha berhabis-habisan bagi
memberi kemenangan kepada parti dalam PRU13 nanti kerana setiap kerusi adalah
amat penting,” katanya kepada Media Wahana.
Ahmad Bashah
berkata, di Kedah, gandingan golongan muda dan berpengalaman akan dapat memberi
impak yang positif kepada pengundi.
“PRU kali
ini, faktor calon amat penting. Siapa yang dipilih mewakili parti adalah antara
faktor penyumbang kepada kemenangan parti.
“BN Kedah
yakin calon yang ditonjolkn nanti adalah yang terbaik dari semua sudut. Apabila
ada sebilangan calon baru diperkenalkan, maka akan ada yang terpaksa berkorban
termasuk mereka yang mempunyai jawatan dalam parti mahupun yang sudah menjawat
jawatan kerusi wakil rakyat.
“Saya
berharap, mereka yang tidak terpilih akan melakukan pengorbanan terbesar demi
memastikan kelangsungan kemenangan parti,” katanya.
Adun Bakar
Bata itu berkata, calon yang tidak terpilih dinasihatkan supaya tidak
berdendam, marah, sabotaj parti dan sebagainya.
“Kita harus
bersikap terbuka bahawa itu adalah pilihan parti dan kita perlu menghormati
serta beri sokongan kepada parti untuk kemenangan.
“Kita tidak
terpilih bukan bermakna kita tidak bagus, tapi mungkin parti mempunyai
perancangan lain untuk kita. Maka, bersangka baiklah dan teruskan beri sokongan
kepada parti. Saya tidak rela melihat kita wujudkan sikap mahu merosakkan parti
semata-mata tidak dipilih sebagai calon.
“BN Kedah
juga yakin dengan transformasi yang dilakukan ini kita mampu merampas kembali
Negeri Kedah dengan sasaran menang 26 daripada 36 kerusi Dun. Keyakinan itu
bersandarkan kepada beberapa faktor dalaman dan luaran,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan