Promosi

Promosi
86 kamera AES di Kedah?


ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mencadangkan akan memasang sebanyak 86 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Negeri Kedah.

Pengarah JPJ Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman berkata, AES perlu dipasang di Negeri Kedah untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati.

Katanya, AES bukan untuk menzalimi, tetapi lebih kepada memantau dan mengawal pemandu jalan raya supaya mematuhi peraturan dan ikut akta pengangkutan jalan raya.

“Kita mencadangkan untuk pasang kamera AES di 60 lokasi mengesan kelajuan dan 26 lokasi untuk kesalahan melanggar lampu isyarat.

“Ini yang kita nak dan kesan baiknya kita dapat lihat di negara luar, dimana kadar kemalangan sudah menurun dengan banyak.

“Di Malaysia pun kita sudah tahu, kadar kemalangan dan kematian tinggi. Untuk itu, kita sasarkan kadar kemalangan setahun hanya dua kematian sahaja.

“Kita bukan minta kematian itu berlaku, tapi kita cuba kurangkan kadar kemalangan dan kematian,” katanya kepada pemberita selepas taklimat pelaksanaan AES di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di sini, semalam.

Musadad berkata, pemasangan kamera AES akan dilakukan di Negari Kedah selepas isu ini kian reda bergantung kepada keadaan semasa.

“Sebenarnya kalau ikut masyarakat setempat, mereka minta kita pasang kamera AES ini cepat-cepat sebab mereka kata baik untuk orang ramai.

“Kerajaan Negeri pun setakat ini, saya cakap dengan pemimpin mereka katanya tidak salah, mereka sokong. Ini Benda baik, apa salahnya.

“Bagaimanapun, saya belum terima apa-apa maklumat daripada Kerajaan Negeri yang membantah, belum ada. Kalau sudah jadi macam ini kita nak kata apa, kira sokong la.

“Setakat la, Kerajaan Negeri belum panggil saya mengemukakan bantahan tersebut,” katanya.

Tiada ulasan