DPPNK lapor SPRM penyelewengan KAIMB



Ahmad Yahaya (tiga,kanan) menunjukan laporan SPRM


ALOR SETAR – Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah (DPPNK) telah membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasyia (SPRM) berhubung penyelewengan yang berlaku terhadap Projek Feedlot di Paya Mat Insun, Pendang oleh Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu.

Ketuanya, Ahmad Yahaya berkata, kesangsian itu berlaku apabila projek dibawah KAIMB itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.3 juta tapi tidak diusahakan oleh KAIMB, sebaliknya disewakan kepada pihak lain dengan bayaran RM5,000 sebulan atau RM60,000 setahun.

Katanya, ini bermakna KAIMB seolah-olah telah memberi pinjaman kepada syarikat berkenaan di mana memerlukan masa selama 58 tahun untuk memperolehi semula modal tersebut.

“Lebih meragukan, segala aktiviti syarikat tersebut tidak diketahui menerusi rekod rasmi dan kini tidak lagi beroperasi selain gagal menjelaskan bayaran sewa RM5,000 sebulan.

“Kerajaan Negeri Kedah yang mahu mengambil semula infrastruktur Projek Feedlot tersebut tidak dapat berbuat demikian berikutan tanah tersebut adalah milik persendirian di mana sebenarnya tiada wujud sebarang perjanjian dibuat antara KAIMB degan tuan tanah tempat projek dijalankan,”  katanya kepada Media Wahana, semalam.

Menurutnya, DPPNK merasakan telah berlaku salah urus tadbir dalam pentadbiran tersebut hingga berlakunya pengaliran dan penggunaan wang tanpa pulangan.

“Perkara ini telah menyimpang dari integriti di mana berunsur pecah amanah dan penyelewengan melibatkan sebuah syarikat milik kerajaan yang mempunyai tanggungjawab terhadap kepentingan rakyat,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan