Kedah tangguh pelaksanaan AES

ALOR SETAR – Kerajaan negeri kedah telah menangguhkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berkuatkuasa sejak ia mula dilaksanakan di peringkat pusat.

Exco Penerangan dan Pembangunan Insan, Abdul Ghani Ahmad berkata, kerajaan negeri Kedah telah memutuskan untuk menangguh pelaksanaan AES di negeri itu kerana ia tidak merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Katanya, perlaksanaan AES ini sepatutnya di bincangkan terlebih dahulu bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum dibenarkan berkuatkuasa.

“Kerajaan negeri ambil langkah untuk tangguh pelaksanaan AES itu di Kedah setelah siasatan terperinci dibuat.

“Kita tak setuju dengan cara itu sebab ia tidak ikut prosedure,” katanya.

Gambar : Abdul Ghani
Menurutnya, dulu pihak polis yang diarahkan untuk mengenakan saman dan sebagainya, walhal pada hari ini tindakan itu diserahkan kepada syarikat pula.

“Kita tahu kaedah saman ini untuk betulkan kesalahan pemandu, tapi perbuatan ini seolah-olah untuk menyekat atau mengenakan denda sewenang-wenangnya dengan pemasangan kamera ditempat yang tidak diketahui.

“Sebab itu, kerajaan negeri tangguhkan pelaksaan AES itu di Kedah berkuatkuasa awal bulan September lalu,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Pakatan Rakyat (PR) akan menangguhkan pelaksanaan AES bagi empat negeri di bawah pentadbirannya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng berkata, pelaksanaan AES akan ditangguhkan sehingga kajian mendalam dijalankan dan maklum balas daripada rakyat diperoleh.

Laporan itu menyebut, penangguhan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan melibatkan 331 daripada 831 kamera AES yang dicadangkan.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan