Perkasa seperti ‘pekasam puyu’


Gambar- Mahfuz Omar

ALOR SETAR- Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan tindakan Perkasa Kota Setar membaling kasut ke arah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam masjid adalah seperti seekor ikan pekasam puyu.

Katanya, apakah yang didik oleh pemimpin-pemimpin Umno dan BN kepada masyarakat dan rakyat khususnya kepada ahli-ahli Umno sehinggakan tidak menghormati kemuliaan kesucian rumah ibadah yang juga merupakan rumah Allah.

“Tadi (semalam) Anwar datang ke masjid al-hussain Seberang Pumpong kerana diberikan kebenaran oleh imam untuk menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan.

“Bagaimanapun, gangguan yang dilakukan oleh Umno menggunakan imej perkasa sampai membaling kasut seperti tidak mempunyai jiwa dan pemikiran merdeka. Inikah kejayaan kemerdekaan negara yang ke-55,” katanya semasa ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan stadium Darul Aman, semalam.

Mahfuz berkata, contoh kemerdekaan adalah bagaimana Rasulullah memerdekakan Mekah. Mekah juga mempunyai masjid iaitu masjidil haram. Maknanya, walaupun ada masjid kena memerdekakan kembali Mekah itu.

“Kita walaupun sudah merdeka, masjid banyak tapi jiwa tidak merdeka. Sebab itu Nabi memerdekakan seluruh masyarakat dan rakyat Mekah dengan elemen kebaikan.

“Keadilan yang ditunjukan oleh Nabi akhirnya bergondong-gondong orang menerima kepimpinan Nabi.

“Orang menerima kembalinya Nabi ke Mekah untuk membawa pembaharuan kepada masa depan Mekah. Mekah akhirnya dikembalikan sebagai pusat pengibadah umah kepada Allah,” katanya.

Ujarnya, apakah tujuan Umno timbulkan kekacauan ketika orang menyampaikan tazkirah di rumah Allah.

“Tazkirah juga merupakan ibadah kepada Allah selain menunaikan ibadah solat. Tazkirah adalah untuk mengimarahkan masjid. Itu adalah ibadah kita kepada Allah,” katanya.

Terdahulu, lebih 100 ahli perkasa berkumpul di perkarangan masjid berkenaan untuk menentang tindakan Anwar daripada menggunakan masjid sebagai medan politik.

Walaubagaimanapun, kejadian itu bertukar kecoh apabila terdapat ahli perkasa yang cuba menimbulkan provokasi dalam masjid berkenaan dihalang oleh penyokong Pakata Rakyat (PR).

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan