Krisis dalam BN, bonus kepada PR


Gambar:
Hashim Jasin

ALOR SETAR – Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin mengatakan krisis dalaman yang berlaku dalam BN merupakan satu bonus kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk terajui Perlis dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Katanya, krisis yang berlaku dalam Barisan Nasional bukan lagi secara tersembunyi, malah terbuka dan menyumbang kepada faktor yang boleh membantu Pas dalam PRU.

“Bagaimanapun, persediaan kita bukan hanya mengharapkan pihak lawan. Kita juga telah buat persediaan yang lebih daripada biasa untuk meraih kemenangan.

“Kalau ada perkara pecah belah yang berlaku dalam BN, ia adalah satu kelebihan kepada PR yang diterajui oleh Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Dap,” katanya.

Hashim berkata, Pas tidak akan campur tangan dalam hal-hal yang berlaku dalam BN, sebaliknya hanya melihat dari sudut luaran.

“Persediaan Pas menjelang PRU-13 lebih berlipat kali ganda berbanding PRU-12 untuk bekerjasama bersama PKR dan DAP.

“Kita juga tidak mengharapkan perpecahan yang berlaku dalam BN untuk kemenangan PR,” katanya.

Terdahulu, sinar harian melaporkan Ahli Parlimen Kangar, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melahirkan rasa sedih dengan dakwaan Ahli Parlimen di Perlis yang juga bekas menteri dikatakan akan lompat parti sekiranya tidak dicalonkan semula pada PRU-13.

Menurut laporan itu, ini bukan masanya untuk membuat tuduhan, sebaliknya adalah bekerjasama memastikan BN terus memerintah di negeri dan Persekutuan.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan