Harga minyak turun dalam 24 jam?


Gambar: Anwar Ibrahim

ALOR SETAR Pakatan Rakyat (PR) menegaskan akan menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas PR menang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selepas PR diumumkan menang PRU-13, harga minyak akan turun serta merta dalam tempoh 24 jam.

“Saya mahu buktikan bahawa orang politik ini banyak berbohong. Sebab itu saya mahu buktikan apabila PR perintah, kita akan tunaikan apa yang kita cakap.

“Sebabitulah saya akan turunkan harga minyak dalam tempoh satu hari PR perintah negara,” Katanya semasa ceramah Merdeka Rakyat di perkarangan Stadium Darul Aman, kelmarin.

Anwar berkata, PR juga akan membatalkan segala hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam tempoh setahun.

“Bagi yang sudah menjelaskan hutang PTPTN, mereka boleh berunding semula. Kita akan berbincang dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk adakan rundingan semula terhadap orang miskin yang terpaksa bayar.

“Hutang menganji anak melayu, anak cina, anak india, anak siam, anak dayak dan kadazan yang miskin ini adalah tanggungjawab kita (kerajaan). Jadi, kerajaan kena tolong la,” katanya.

Tambahnya lagi, PR akan adakan rundingan bersama pemegang saham syarikat Bernas, Tan Sri Syed Mokhtar al Bukhary untuk menaikan pendapatan penanam padi dengan keuntungan beratus juta ringgit.

“Saya tidak merampas, tidak sakit hati mahupun iri hati dengan Syed Mokhtar. Tetapi saya cuma ingin tahu kenapa dia ambil keuntungan daripada Bernas dengan beratus juta.

“Dari mana datangnya keuntungan beratus juta kalau tidak daripada penanam padi. Aku tak sanggup sesiapa ambil keuntungan Bernas berlebihan sehingga menyebabkan penanam padi merintih seperti ini!.

“Pesawah padi miskin, saya jamin kalau kita urus Bernas dengan baik, pendapatan semua boleh bertambah. Tetapi sekiranya keuntungan diberikan kepada tauke kilang, apa akan terjadi,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan