Dua laporan polis terhadap SUK Kedah


Gambar: Basir (kiri) dan Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu, Nordin Ahmad (kanan) menunjukan laporan polis yang dibuat, semalam

ALOR SETAR – Ahli Majlis Daerah Kubang Pasu telah membuat dua laporan polis berasingan terhadap Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, Datuk Paduka Rasli Basir berhubung penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran.

Ketuanya, Basir Ismail berkata, laporan polis itu dibuat untuk meminta pihak polis membuat siasatan ke atas Rasli yang dikhuatiri telah melakukan penyalahgunaan kuasa ketika proses perlantikan Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pas (MDKP), Mohd Reezal Rasli kerana mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat.

Katanya, kami (ahli majlis) mendapati Rezal yang juga merupakan anak kandungnya secara jelas berada di bawah lingkungan pentadbiran di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana kedua-duanya adalah Ketua Pegawai Pentadbiran.

“Dalam konteks ini, tidak ada jaminan dan sukar dibayangkang jika berlaku campur tangan ataupun kerjasama secara langsung mahupun sebaliknya di atas sesuatu kepentingan melibatkan mereka berdua yang merupakan ketua di peringkat masing-masing.

“Terserahlah kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengklasifikasikan kes ini sama ada ia melibatkan penyalahgunaan kuasa ataupun ia hanya bersifat teknikal,” katanya kepada Media Wahana, semalam.

Basir berkata, sekiranya terbukti SUK telah membuat penyalahgunaan kuasa, kami berharap kedua-duanya dihadapkan kemuka pengadilan.

“Kami hanya mahu menjaga kepentingan orang ramai disamping memastikan pentadbiran diurus PBT Kubang Pasu berjalan lancar, sekaligus memastikan keselesaan kepada semua kakitangan dalam menjalankan tugas harian.

“Kita tidak mahu melihat agensi kerajaan menjadi tempat pihak tertentu mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi mereka, malah harus bertindak mengikut saluran undang-undang yang sepatutnya,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu perkara ini disalah tafsir pihak tertentu sebagai mencampuri urusan pentadbiran. Sebaliknya ini adalah tindakan biasa mengikut saluran yang sah.

“Tindakan perlantikan itu juga boleh menyebabkan imej dan reputasi PBT dipandang rendah serta hilang kewibawaan dikalangan orang ramai, orang asing serta boleh menyebabkan berlakunya kucar-kacir dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan