Bekalan Cukup Menjelang Aidilfitri


Gambar : Mohd Salleh (dua,kanan) bersama pegawai KPDNKK menunjukan senarai harga barangan terkawal.

GEORGETOWN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang mendakwa bekalan minyak masak, tepung dan gula mencukupi sehingga sambutan Aidilfitri nanti.

Pengarahnya, Mohd Salleh Ma’amor berkata, bekalan minyak masak pada bulan Ramadan hingga Aidilfitri mencukupi berikutan kerajaan telah menaikan kuato bekalan minyak masak kepada penjual sehingga 10 peratus.

Katanya, KPDNKK akan membuat pemantauan di setiap pasaraya dan kedai runcit untuk memastikan tidak berlakunya aktiviti sorokkan minyak masak dalam stor atau penyeludupan ke negara jiran.

“Masalah bekalan minyak masak tidak mencukupi sepatutnya tidak wujud. Sekiranya berlaku juga, ia adalah berpunca daripada pengusaha pasaraya atau kedai runcit yang mengawal penjualan barangan kepada individu tertentu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian di Pejabat KPDNKK, di sini, semalam.

Mohd Salleh berkata, sekiranya perkara ini berlaku, rakyat disaran melaporkan kejadian kepada KPDNKK segera untuk tindakan.

Katanya, bekalan gula dan tepung juga diyakini mencukupi kerana pegawai KPDNKK sentiasa membuat pemantauan dan pemeriksaan untuk memastikan barangan keperluan ini sentiasa ada dipasaran.

“Satu kilogram (kg) tepung akan dijual pada harga RM1.35, gula RM2.30 sekilogram dan RM4.60 untuk dua kilogram. Harga barangan ini terkawal dan tidak akan dinaikan sewenangnya oleh peniaga,” katanya.

Tambahnya lagi, minyak masak dalam bungkusan satu kilogram akan dijual pada harga RM2.50. Manakala satu kilogram minyak masak dalam botol pula dijual pada harga RM3.30.

Katanya, dua kilogram minyak masak dalam botol akan dijual pada harga RM6.35 dan RM13.35 untuk lima kilogram.

Mohd Salleh berkata, bagi harga seekor ayam mentah pula akan dijual pada harga RM8.00 hingga RM8.50 untuk setiap kilogram menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan