Pasangan Kekasih Ditahan Miliki Motosikal Curi


SHAH ALAM- Hajat sepasang kekasih untuk menghabiskan cuti hujung minggu di Ibu Kota tidak kesampaian setelah mereka ditahan kerana menunggang motosikal curi kelmarin.

Pasangan berumur 20 dan 17 tahun itu didapati bersalah kerana menunggang motosikal curi jenis Yamaha 125 yang dilaporkan hilang di Wangsa Maju, 26 Mei lalu.

Ketua Unit Kuat Kuasa Khas, Trafik Kuala Lumpur, Asisten Supritendan Azmi Wahid berkata, pasangan kenalan facebook sejak bulan april itu ditahan dalam satu operasi Ops Samseng Jalan raya di Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Azmi berkata, pasangan yang tidak bekerja itu ditahan reman di Balai Polis Trafik Bandar Tun H.S Lee untuk membantu siasatan, sementara kes disiasat di bawah Seksyen 379A (KK) kerana mencuri kenderaan bermotor.

Katanya, polis telah mengeluarkan sebanyak 109 saman daripada 250 kenderaan dan motosikal yang diperiksa atas pelbagai kesalahan seperti tiada cermin pandang sisi, nombor pendaftaran palsu dan sebagainya.

Operasi bermula jam 7 hingga 9 malam itu, turut menyita 12 buah motosikal atas kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Dalam kejadian berasingan, polis telah menahan empat penunggang motosikal kerana menunggang seperti lagak aksi superman di Jalan Loke Yu menghala ke Cheras.

Azmi berkata, kesemua pesalah ditahan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan aksi merbahaya serta menggugat ketenteraman awam.

Katanya, operasi jam 1 hingga 4.30 pagi itu turut menyita 9 buah motosikal dan 40 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan