Maut Terjatuh Tingkat Tujuh

SHAH ALAM- Seorang lelaki maut setelah ditolak jatuh dari tingkat
tujuh sebuah rumah pangsa di Pandan Perdana, Ampang, Semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi
berkata, berlaku satu pergelutan dan tolak-menolak antara mangsa
Rasidi Sigoroyan,34, dan suspek di tingkat 7, Blok C, Flat 700, Pandan
Perdana, Ampang.

“Kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa baru dua hari datang dari
Sarawak dipercayai ditolak oleh suspek berumur 30 tahun sehingga
tercampak keluar melalui tingkap dapur rumah itu.

“Mangsa bagaimanapun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di
kepala,” katanya kepada Sinar Harian.

Nazri berkata, selepas insiden itu, suspek membuat laporan di balai
polis berhampiran dan mendakwa mangsa meracau sehingga tercampak
keluar melalui tingkap.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, ketika pergelutan itu, suspek
menyerang mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai pisau.

Ketika pemeriksaan, polis turut menemui kesan kelar di leher mangsa
dan beberapa tompokan darah di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar
ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah
siasat.

Suspek yang bekerja sebagai pelayan di sebuah hotel di Kuala Lumpur
ditahan reman untuk membantu siasatan.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan