Media Wahana Anjur Konvoi Skuter SYM

peserta konvoi Blogger MW di SMK Permatang Tok Jaya

Pulau Pinang - Seronok. Itu lah gambaran yang dapat diungkapkan dari wajah peserta-peserta konvoi motosikal skuter yang telah berjaya mengelilingi separuh negeri Pulau Pinang pada 15 Oktober yang lalu.

Program ini adalah anjuran Media Wahana yang akan mengeliligi Semenanjung Malaysia termasuk negeri Sabah dan Sarawak.

Konvoi ini merupakan program pertama yang dilaksanakan oleh Media Wahana di Malaysia untuk tujuan mengatasi gejala sosial dikalangan remaja dan mengurangkan kadar jenayah yang sering melibatkan pelajar sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Konvoi menggunakan motosikal skuter Sanyang Motor (SYM) Mio100 dan Symphony150SR merupakan kerjasama dan tajaan sepenuhnya daripada MForce Bike Holdings Sdn Bhd untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai produk motosikal terbarunya yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi.


Gambar: Ang Tien Khoon (kiri) sedang mengisi minyak motosikal SYM mio100

Motosikal skuter sememangnya terkenal dengan sistem keselamatan menyimpan barang di dalam motosikal, tetapi kelainan yang terdapat pada motosikal SYM adalah ia mampu mengunci sistem penghidup motosikal dari dalam tempat simpanan barang yang sememangnya mampu mengatasi kejadian rompak dan kes kehilangan motosikal.

Selain itu, keberkesanan program ini juga dapat membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras gejala rempit dan mengurangkan kadar jenayah yang sering berlaku di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.


Gambar: Guru SMKPTJ turut mengambil peluang untuk menguji motosikal SYM Mio100.

Konvoi bermula dari Kilang SYM, Alma telah singgah sebentar di SMK Permatang Tok Jaya (SMKPTJ), Sungai Dua untuk mengadakan pameran motosikal SYM bersempena dengan pertandingan Semarak Jawi Peringkat Antarabangsa.

Program yang diadakan di SMKPTJ telah berjaya memperkenalkan jenama SYM kepada orang ramai yang masih empat tahun di Malaysia. 

Jenama SYM juga bukan satu jenama yang asing lagi kerana kewujudannya di negara Taiwan telah melebihi 64 tahun.

Secara tidak langsung, Media Wahana juga telah berjaya memperkenalkan kepada orang ramai mengenai kewujudan Media Wahana yang memaparkan isu-isu semasa, bisnes, sukan dan politik dalam negara selain mengadakan aktiviti sihat sejak penubuhannya hampir dua tahun.


Gambar: Deretan motosikal SYM semasa di pameran motosikal SYM Auto Show, Juru.

Salah seorang pemandu kereta peronda polis berkata, konvoi anjuran Media Wahana memang seronok kerana ia menggunakan motosikal keluaran baru SYM selain bentuknya seperti motosikal antik, ia juga menggunakan gambungan teknologi moden dan sesuai digunakan untuk semua lapisan masyarakat.

“Lebih seronok lagi ketika ketibaan peserta-peserta konvoi BMW di beberapa kawasan menjadi tarikan utama orang ramai untuk melihat sendiri dengan lebih dekat motosikal SYM.

“Ini merupakan kali pertama saya mengiringi konvoi motosikal skuter 100cc kerana selalunya kami hanya mengiringi konvoi menteri-menteri, Vip dan kelab motosikal berkuasa tinggi.

“Kesimpulannya konvoi ini memang seronok dan saya sendiri juga telah mencuba menunggang motosikal SYM. Ianya memang ternyata ringan ketika ditunggang berbanding motosikal skuter jenama yang lain.” Ujarnya semasa ditemui di kilang SYM, Alma dekat Bukit Mertajam.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan