Promosi

Promosi
Perhimpunan Anti-murtad

Shah Alam-

Stadium Shah Alam mula dipenuhi orang ramai yang menyertai Perhimpunan Sejuta Umat.

Satu kumpulan nasyid memulakan acara dengan mempersembahkan
nyanyian lagu-lagi nasyid.

Beberapa kain rentang turutn dipasang di kawasan stadium, antaranya tertulis Pertahankan Institusi Raja, Hidup Melayu Hidup Islam, Melayu Sepakat Islam Berdaulat.

himpun rally crowd in shah alam stadium booklet coverSelain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium
bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

himpun rally 221011 booklet 2Risalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.

Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.

himpun rally hasan ali, harussani zakaria, yusri mohamad3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim.

Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

Himpun chairperson Mohd Yusri Mohamad4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

4.20pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

Himpun placards4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya.

Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

himpun rally crowd in shah alam stadium 6 perkasa ibrahim aliBeliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.

4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini.

himpun rally 221011 muslim singingSementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana
semuanya berjalan dengan aman.

5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.

Memetik dari buku 'Armies of God' tulisan Iain Buchanan, beliau menambah buku itu menyatakan bahawa mereka itu berada di Indonesia, Malaysia dan Filipina.

Katanya murtad berlaku kerana umat Islam tidak bersatu dan bercakaran antara satu sama lain walaupun berdepan dengan
ancaman.

himpun rally 221011 crowdApa yang diminta adalah supaya umat Islam tidak diganggu, dan untuk semua mengikut undang-undang, katanya merujuk kepada kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau juga menyentuh dakwaan konspirasi bahawa Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan beberapa pemimpin Kristian, merancang untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara Kristian.

5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam.

Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

himpun rally crowd 2"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas
memberi maklumat," katanya.

Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.

5.18pm: Pihak penganjur kemudian bertanya kepada para hadirin sama ada mereka bersetuju jika Himpun diadakan di seluruh negara. Para hadirin bersetuju.

Menurut pihak penganjur, tidak kira berapa ramai yang hadir hari ini tetapi apa yang penting ialah suara mereka sekuat seolah-olah terdapat satu juta orang yang hadir di situ.

Kelihatan ada orang yang beredar meninggalkan stadium.

5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamada yang mewakili Front Bertindak Anti Murtad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.

Beliau berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.

himpun rally crowd 1"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.

Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.

5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambar gambar.

NONEHarussani berkata masyarakat Melayu merupakan golongan paling istimewa berbanding bangsa lain di dunia kerana "Melayu dikaitkan dengan Islam dalam perlembagaan".

Orang Melayu juga istimewa kerana mempunyai lidah yang fasih. Allah menurunkan Islam dalam bahasa Arab, tetapi orang Melayulah yang menguasainya, kata Harussani.

Beliau membaca ayat-ayat suci Al-Quran kepada para hadirin bahawa Allah telah memberi amaran mengenai malapetaka jika manusia gagal melindungi iman mereka.

Hujan berhenti selepas beberapa minit Harussani selesai berucap.

6.00pm: Pengerusi bersama HIMPUN yang pengerusi Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan pihak yang mempertikaikan penganjuran Perhimpunan Sejuta Umat.

"Apakah salahnya orang Islam berhimpun untuk membincangkan masalah mereka?" katanya yang turut membaca 10 resolusi HIMPUN.

himpun rally hasan ali speakingAntara lain, Mohd Azmi berkata kerajaan mesti menggubal undang-undang pencegahan murtad walau kerajaan hendak memansuhkan ISA.

HIMPUN juga mahu media dikawal supaya penyiaran perkara yang
menyentuh sensitiviti orang Islam diambil tindakan segera.

6.15pm: Exco hal ehwal agama Selangor yang ADUN PAS bagi Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali (kiri) menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa.

Bagaimanapun, pengumuman dibuat bahawa Dr Hasan hadir sebagai seorang Islam, dan bukan sebagai ahli politik dan ahli exco.

Majlis tersebut berakhir dan diikuti dengan satu sidang akhbar.

Tiada ulasan