KTM Guna 90% Teknologi 'Racing'


Gambar: Kenny Ong (kanan) bergambar kenangan bersama motosikal KTM 1190cc

Georgetown-

Motosikal kuasa tinggi atau lebih dikenal sebagai ‘super bike’ adalah produk yang tidak asing lagi bagi syarikat permotoran Kronrief Trunkenpolz Mattighofen (KTM) yang mula memasuki bidang permotoran di Malaysia sejak tahun 1997.

Pada awalnya, pemilik asal, Hans Trunkenpolz telah menubuhkan sebuah bengkel membaiki kereta dan motosikal pada tahun 1934 di Mattighofen, Upper Austria. Pada tahun 1951, beliau mula mencipta motosikal keluaran tersendiri.

Selang dua tahun berikutnya, syarikatnya mula dikenali sebagai KTM dan beliau mula melancarkan motosikalnya yang pertama iaitu KTM R 100.

Pengarah Syarikat KTM, Kenny Lee, ketika ditemui berkata, KTM adalah sebuah syarikat permotoran yang menumpukan kepada aspek perlumbaan dan kelajuan.


Gambar: Sebahagian motosikal keluaran KTM yang terdapat di Malaysia.

“Di Malaysia, KTM mempunyai motosikal jenis ‘super bike’, ‘mini bike’ dan ‘motocross’ yang menggunakan 90% (peratus) teknologi perlumbaan yang di import 100% (peratus) daripada Austria.

“Walaupun ia merupakan jenama yang masih kurang dikenali oleh orang ramai, KTM telah berjaya menjual lebih 300 buah motosikal setiap tahun.” Katanya.

Tambahnya lagi, motosikal KTM hanya menggunakan minyak petrol dari 15sen hingga 20sen untuk setiap kilometer bergantung kepada tahap kelajuan yang digunakan.

“Motosikal KTM mempunyai pelbagai jenis kapasiti enjin yang berbeza bermula dari 100cc hingga 1190cc. Ia memudahkan orang ramai untuk memilih sendiri kelajuan yang di ingini dan bentuk motosikal yang digemari.

“Motosikal KTM juga sememangnya mampu di miliki oleh setiap orang kerana harganya amat berpatutan iaitu bermula dari RM16ribu sehingga RM120ribu bergantung kepada jenis motosikal.

“Saya menyeru kepada orang ramai yang amat menggemari motosikal yang laju dan agresif agar memilih motosikal KTM kerana kepuasan mesti dirasai.

“Di Malaysia, KTM juga mempunyai sebuah kelab permotoran yang dikenali sebagai ‘KTM Owner Club’. Walaupun sambutan kurang memuaskan, bilangan ahli kini mencecah lebih 100 orang yang menyertainya.” Ujarnya semasa ditemui di Pusat Penjualan Motosikal KTM, di Georgetown.

Penyelia Kilang KTM, Kenny Ong, ketika ditemui berkata, KTM juga menghasilkan produk basikal yang amat berkualiti dan tahan lasak.


Gambar: Kenny Ong (kiri) bergambar bersama sebahagian basikal keluaran KTM

“Basikal yang dihasilkan oleh KTM juga mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh digunakan untuk keadaan seperti mendaki bukit, aktiviti lasak dan sebagainya.

“KTM juga akan memberikan jaminan selama lima tahun bagi setiap basikal yang dibeli pengguna.

“Orang ramai juga boleh datang mengunjungi Pusat Penjualan Motosikal KTM untuk melihat pelbagai jenis motosikal dan basikal keluaran KTM sebelum membelinya.” Katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan