Promosi

Promosi
RELA Pulau Pinang Anjur Rumah Terbuka


Gambar: Pengarah RELA Pulau Pinang (tengah) dan Pegawai RELA daerah Timur Laut Pulau Pinang (dua dari kanan) bergambar kenangan.

Sungai Nibong-

Setelah sebulan mengerjakan ibadah puasa, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Pulau Pinang telah menganjurkan majlis rumah terbuka di Dewan Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Pengarah RELA Negeri Pulau Pinang, Kol. Romli Ibrahim semasa ucapan perasmian berkata, walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan sambutan bagi orang melayu yang beragama Islam namun ia tetap di sambut oleh pelbagai kaum yang berlainan agama dan bangsa.

“Saya harap dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini ia dapat mencetuskan semangat setiakawan dan mewujudkan lebih banyak penyertaan keahlian RELA khususnya di Pulau Pinang.

“Sehingga kini, jumlah keahlian anggota RELA di daerah Timur Laut adalah seramai 40ribu orang dan ia secara tidak langsung telah mencatatkan jumlah anggota RELA yang paling teramai di Pulau Pinang.

“Kita juga mensasarkan untuk membuat penambahan anggota RELA lebih 3ribu orang untuk setiap daerah di Pulau Pinang bagi akhir tahun ini.” Katanya.


Gambar: Pengarah RELA Pulau Pinang, Kol. Romli Ibrahim (kiri) menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Tambahnya lagi, RELA Pulau Pinang amat mengharapkan lebih banyak penyertaan dan keahlian anggota baru bagi menguatkan lagi benteng untuk menjaga keamanan negara.

“Matlamat utama penubuhan RELA adalah menyampaikan sumber maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kegiatan jenayah di kawasan taman, kampung dan sebagainya.

“Saya ingin menegaskan bahawa setiap penyertaan keahlian anggota RELA akan mendapat insuran percuma sekiranya terlibat dalam kemalangan samada ketika bertugas ataupun tidak.” Jelasnya.

Pegawai RELA Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Tuan Ismail Saaid berkata, majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ini merupakan antara program tahunan RELA Pulau Pinang.


Gambar: Sebahagian anggota RELA sedang menikmati makanan yang disediakan.

“Ini merupakan program tahunan RELA dearah Timur Luat Pulau Pinang yang akan dilaksanakan pada setiap tahun.

“Pelbagai kejayaan yang telah RELA daerah Timur Laut kecapi, antaranya penamaan keahlian anggota RELA paling teramai di Pulau Pinang, program menanam nilai-nilai murni dikalangan anggota-anggota RELA dearah Timur Laut dan banyak lagi.

“Sempena sambutan Hari Raya pada tahun ini, RELA Pulau Pinang juga akan menyampaikan sijil-sijil penghargaan, khidmat setia, dan khidmat cemerlang kepada anggota-anggota RELA daerah Timur Laut yang telah berkhidmat dalam pasukan RELA.

“Bagi tahun 2011 sahaja, lebih 200 orang kurang berkemampuan di Pulau Pinang termasuk anggota RELA Timur Laut telah menerima bantuan kebajikan oleh RELA Pulau Pinang untuk menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Sumbangan bantuan segera itu telah disampaikan sendiri oleh RELA Pulau Pinang pada bulan Ramadhan yang lalu.” Katanya semasa menyampaikan ucapan aluan semasa majlis rumah terbuka RELA daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Tiada ulasan