Karnival Zero Rempit Bersama Farid Kamil


Gambar: Sebahagian ahli PER3 bergambar kenangan di gerai pendaftaran di persisiran pantai Queensbay.

Georgetown-

Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3) akan menganjurkan karnival Zero Rempit bersama Farid Kamil pada 17 september ini bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) Balik Pulau bersebelahan dengan perhentian bas Balik Pulau.

Pengasas Utama PER3, Sabarudddin Ahmad ketika ditemui berkata, tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk membanteras gejala merempit khususnya di Pulau Pinang.

“Sasaran ‘Zero Rempit’ kita adalah golongan remaja yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

“Program ini merupakan karnival yang pertama kali diadakan oleh PER3 bagi membanteras gejala merempit.

“Disamping itu, PER3 turut mengadakan kempen menderma darah pada hari yang sama. Ia berikutan bekalan darah di negara kita yang semakin kekurangan.

“Pelbagai pertandingan turut di adakan, antaranya ialah motosikal tercantik, motosikal paling perlahan, track stan, skip bicycle drift, banttle of the band dan banyak lagi.

“Yuran penyertaan hanyalah RM30 termasuk cabutan bertuah atau peserta yang berminat juga boleh menderma darah sebanyak 1pain dan layak menyertai pertandingan yang diadakan secara percuma termasuk cabutan bertuah.” Katanya semasa ditemui di gerai pendaftaran di persisiran pantai queensbay.

Tambahnya lagi, pelbagai hadiah yang menarik telah disediakan untuk peserta-peserta cabutan bertuah. Antaranya ialah Motosikal LC135, TV Plasma 32”, peti sejuk dan banyak lagi.

“Bagi menarik minat orang ramai, PER3 turut mengundang selebriti Farid Kamil dan Awie (Wings) untuk menjadi icon kepada pencegahan merempit.

“lebih 30 gerai disediakan termasuk gerai selebiriti yang akan turut hadir sama menjayakan karnival ini.” Ujarnya.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Mie 017-545 5306, Zul 016-431 8836, Farid 016-404 2080 atau Ayub 013-466 3344.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan