Jentera SYM Sertai Perarakan Hari Malaysia 2011


Gambar: Pengerusi Kelab OSB, Aziz Yahya (depan) mengibar bendera Malaysia ketika menunggang motosikal SYM.

Butterworth, 16 Sept-
Buat pertama kali kontijen Sanyang Motor (SYM) telah menyertai perarakan sempena sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan yang ke-54 di Pulau Pinang.

Pengerusi Kelab Otai SYM Bikers (OSB), Aziz Yahya berkata, sebanyak 38 buah motosikal SYM telah memberi komitmen yang tinggi untuk mengharumkan nama kelab khususnya jenama SYM.


Gambar: Jentera motosikal SYM EVO250i (kanan) dan motosikal VTS200 (tengah)

"Sikap kerjasama dari ahli-ahli kelab telah memberi satu kejayaan yang amat bermakna kerana telah menjayakan sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan ke-54 buat pertama kali.

"Penglibatan jentera SYM dalam perarakan kemerdekaan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada orang ramai akan jenama motosikal SYM di Malaysia.


Gambar: Ahli-ahli kelab OSB mengibarkan bendera Malaysia (tengah), bendera negeri Pulau Pinang (kiri), bendera SYM (kanan) dan bendera Kelab OSB (belakang).

"Disamping itu, ia juga secara tidak langsung dapat memperkenalkan kepada orang ramai mengenai penubuhan kelab OSB di Pulau Pinang yang sering mengadakan konvoi sambil beramal." Katanya semasa ditemui di Dataran Pemuda Merdeka, Pulau Pinang.

Perarakan jentera motosikal SYM adalah antara kelab yang menonjolkan sikap disiplin ketika menunggang motosikal dan mengutamakan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.


Gambar: Pengurus SYM, Pallomon Neoh Kok Boon (kanan) dan Pengarah RELA negeri Pulau Pinang, Kol. Romli Ibrahim dan isteri (dua dari kanan).

Perarakan kontijen Otai SYM Bikers turut mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri Pulau Pinang, bendera SYM dan bendera kelab OSB sebagai simbolik semangat kemerdekaan.

Turut Hadir memberi sokongan Pengurus SYM, Pallmon Neoh Kok Boon dan Pengarah RELA negeri Pulau Pinang, Kol. Romli Ibrahim.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan