PER3 Bantu Warga Emas Pulau Pinang


Gambar: PER3 bergambar kenangan bersama penerima bantuan.

Bayan Baru, Pulau Pinang-

Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PER3) telah mengadakan konvoi sempena Ramadhan bagi menyalurkan bantuan kepada sebilangan warga emas di beberapa kawasan sekitar Pulau Pinang yang bermula dari Bayan Baru dan berakhir di perkarangan Queensbay Mall.

Pengasas Utama, Paduka Ayahanda Sabaruddin Ahmad, ketika ditemui berkata, matlamat penubuhan PER3 adalah untuk memelihara dan menjaga kepentingan orang-orang Islam di Malaysia.

Gambar: Pengasas Utama, Paduka Ayahanda Sabaruddin Ahmad (dua dari kiri).

“PER3 sentiasa mengutamakan kebajikan orang-orang Islam dan tidak akan menolak bangsa lain yang bukan beragama Islam.

“Konvoi ini adalah bertujuan untuk menyalurkan bantuan beras, Al-Quran dan sejadah kepada masjid-masjid di sekitar Pulau Pinang dan kepada golongan warga emas di beberapa kawasan sekitar Pulau Pinang.

“Sebagai sebuah pertubuhan yang masih baru di tubuhkan sejak 30 Julai yang lalu, PER3 akan cuba sedaya upaya untuk membantu menjaga kepentingan orang-orang Islam di seluruh Malaysia.

“Saya ingin menyeru kepada semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) agar mengikut langkah seperti PER3 yang lebih banyak bekerja dan beramal daripada hanya mengadakan demonstrasi jalanan.

“Sehingga kini, PER3 telah pun mempunyai ahli seramai 2800 orang di sekitar Pulau Pinang.

“Keahlian untuk menyertai PER3 masih lagi dibuka kepada semua masyarakat tanpa mengira jantina lelaki dan perempuan.

“Syarat untuk menyertai PER3 mestilah berumur 18 tahun dan keatas.” Katanya semasa ditemui di Masjid Balik Pulau, dekat Pulau Pinang.

Gambar: Ahli PER3 sedang menggangkat beras untuk diagihkan kepada penerima.

Sebanyak 100 buah motosikal dan 30 buah kereta yang masing-masing terdiri daripada ahli-ahli PER3 telah terlibat dalam aktiviti konvoi sempena ramadhan kali ini.

Jelas beliau lagi, isu yang membabitkan Masjid di Pulau Pinang baru-baru ini adalah satu tindakan yang terburu-buru yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

“Majlis Fatwa Pulau Pinang seharusnya meminta pendapat Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan larangan menggunakan pembesar suara untuk menyiar bacaan Al-Quran sebelum subuh.

“Saya menyeru agar Majlis Fatwa mengkaji semula larangan tersebut dan jangan membuat sesuatu keputusan yang melulu.” Katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 Komen :

  1. Berapa baiah Per3 ambik ya?

    BalasPadam
  2. per3 tolong masok campor di kulim

    BalasPadam
  3. langsung x nampak warak pun.... x usah nak tunjuk baik .... semua orang dah tau... perangai geng haprak ini.... apa kau orang boleh buat....

    BalasPadam