"PIHAK POLIS TAK SANGKA OSB AKAN BERKONVOI DALAM HUJAN" - DOROHID SITU
Sungai Petani, Kedah -
Buat pertama kalinya kelab motosikal Otai SYM Biker (OSB) telah mengadakan majlis berbuka puasa sebagai acara tahunan kelab tersebut. Walaupun kerap mengadakan aktiviti-aktiviti berkonvoi, namun ia bukan penghalang kepada OSB untuk tampil dikhalayak ramai dengan membuat kebajikan kepada anak-anak yatim dan golongan yang memerlukan bantuan.
Pelbagai aktiviti konvoi sambil beramal telah diadakan sejak penubuhannya pada bulan mei yang lalu. OSB yang dikenali sebagai kelab motosikal skuter berkuasa tinggi disekitar utara kini lebih gagah dan berani untuk bekerjasama dengan Tunas Indah Niaga dan Mutiara Infaq bagi menyalurkan bantuan kepada anak-anak yatim.
Majlis berbuka puasa yang diadakan di Hotel Emerald Puteri dekat Sungai Petani baru-baru ini telah membuktikan bahawa OSB amat berbeza dengan kelab-kelab motosikal berkuasa tinggi yang lain.
Seramai 18 orang anak yatim dari Pekan Darat, Bukit Mertajam, Kubang Semang, dan Bayan Baru, dijemput bersama untuk berbuka puasa bersama OSB, Tunas Indah Niaga, dan Mutiara Infaq.
Setiasausaha OSB, Dorohid Situ, semasa ditemui berkata, “semangat OSB untuk berkonvoi sambil beramal tidak akan tamat walaupun perubahan jawatan pada masa akan datang. Sejak penubuhan OSB 4 bulan yang lalu, rezeki kami makin mencurah kerana keberkatan amal yang kami laksanakan.
“Pihak Polis sendiri tidak menyangka OSB akan berkonvoi untuk beramal kerana jarang kelab motosikal berkuasa tinggi memberi bantuan seperti kami. Saya harap kita semua dapat berlumba-lumba untuk memberi bantuan kepada anak-anak yatim ini pada masa akan datang kerana ia adalah amalan yang dituntut.” Katanya.
Justeru itu, anak-anak yatim ini amat diraikan oleh pelbagai pihak termasuk OSB, Tunas Indah Niaga, Mutiara Infaq, dan orang perseorangan, dengan memberi beberapa sumbangan bertujuan menyerikan bulan ramadhan yang mulia ini.
“Sumbangan hamper dan duit raya yang diberikan kepada mereka membuatkan terpancarnya cahaya wajah-wajah ceria mereka ini. Keseronokkan yang mereka rasai turut kita kongsi bersama kerana mereka tidak mempunyai ibu dan bapa.” Jelas Asrul Effendi.
Beliau yang juga pengerusi kelab OSB semasa ditemu bual berkata, “OSB akan jadikan majlis pada malan ini sebagai kenangan terindah buat anak-anak yatim yang dijemput khas pada malam ini. Saya menyeru kepada orang ramai agar tampil kehadapan bantulah mereka ini kerana mereka amat memerlukan bantuan kita.”
0 Komen :
Catat Ulasan