Gambar hiasan |
Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara amat penting untuk melahirkan insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling. Ia juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai-nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.
Sejak diperingkat sekolah lagi, Pendidikan Moral ialah mata pelajaran yang wajib diambil untuk semua pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam. Ia nya juga merupakan mata pelajaran teras di semua peringkat dari pra-sekolah sehingga ke tingkatan 5.
Walaupun bidang pembelajaran dan nilainya sama, tetapi skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan pelajar.
Menurut Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 di bawah Subseksyen 43 (1) Akta 555, Pendidikan Moral ialah Mata Pelajaran Wajib (MPW) IPTS untuk semua pelajar yang bukan beragama islam di IPTS. Kelulusan dalam mata pelajaran ini hanya menjadi pra-syarat untuk penganugerahan sijil, diploma dan ijazah di IPTS.
Data Kementerian Pelajaran serta statistik Polis Diraja Malaysia menunjukkan jumlah salah laku melibatkan remaja masih bersekolah semakin meningkat. Makin membimbangkan apabila data-data tersebut menunjukkan pelajar sekolah dan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bukan sahaja sekadar terlibat di dalam kelakuan tidak sopan tetapi juga menjangkau kepada perlakuan jenayah seperti gengsterisme, melakukan gangguan seksual, merogol malah hingga kepada membunuh.
Kesalahan yang dilakukan remaja sekarang sememangya adalah berpunca daripada masalah pendidikan. Kementerian Pelajaran telah mencuba pelbagai kaedah untuk menangani masalah disiplin daripada kempen hinggalah bekerjasama dengan pihak polis dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. Malangnya, impak kepada masalah disiplin sifar nampaknya masih jauh daripada yang diharapkan.
Hukuman merotan bukan sahaja ditentang oleh golongan peguam tetapi juga di kalangan pendidik yang mementingkan konsep pendidikan yang murni dan bermaruah. Akibat daripada itu, sistem pendidikan yang dilaksanakan menjadi tidak berkualiti. Hal ini dapat kita lihat kebanyakkan masalah dan jenayah yang dilakukan adalah berpunca daripada anak-anak melayu.
Masalah yang berlaku di negara kita hari ini adalah berpunca daripada sistem pendidikan itu sendiri. Disebabkan permasalahan berikut, maka lahirlah ‘anak tanpa bapa’ yang menjadi lambakkan di negara kita hingga hari ini. Masalah ini sememangnya terkenal dengan pelakunya anak-anak melayu sendiri.
Menurut Prof.Madya Dr.Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetriks dan Ginekologi Hospital UKM semasa menyampaikan ceramah beliau dalam Program 'Sembang-Sembang Remaja' yang telah diadakan di Kompleks Bukit Jambul,Pulau Pinang baru-baru ini menyatakan bahawa antara punca berlakunya masalah ini adalah pergaulan bebas dan peringkat perkahwinan yang begitu jauh jika dibezakan pada zaman sebelum ini.
"Jika kita tanya kepada ibu dan bapa serta datuk dan nenek kita mereka berkahwin pada usia yang begitu awal sebaik saja mencapai usia enam belas atau lima belas tahun.Pada zaman itu juga adalah jarang sekali berlakunya masalah kandungan luar nikah atau anak luar nikah ini.
"Ekoran daripada itu penerapan unsur-unsur ini sepatutnya dipraktikkan pada zaman ini sebagai salah satu antara alternatif bagi membendung berlakunya kecelaruan anak luar nikah ini.Namun begitu pada dekad ini menjadi satu prioriti kepada ibu bapa untuk melihat pekerjaan dan kestabiliti kedudukan pasangan sebelum membenarkan perkahwinan dilaksanakan.
"Fenomena ini bukan saja menjadi pemangkin kearah wujudnya masalah anak luar nikah ini, namun ia juga membawa kepada berlakunya perkara yang lebih berat apabila usia semakin meningkat dewasa. Keperluan untuk mendirikan rumah tangga ini pada usia yang difikirkan sesuai selaras dengan tuntutan agama harus menjadi sebahagian dari pegangan dan panduan kita dalam zaman ini jua.
"Selain dari itu pergaulan bebas, ketidakpedulian ibu bapa atau waris terhadap hubungan bebas yang dijalinkan oleh anak-anak atau mereka yang berada dibawah tanggungngan mengundang kepada berlakunya kejadian tersebut.Oleh kerana itu sebagai salah satu alternatif bagi mencegah berterusannya gejala sosial dan juga aktiviti songsang yang membawa kepada apa yang berlaku seperti anak luar nikah dan seumpamanya maka peranan ibu bapa dan waris serta masyarakat sekeliling dan pemerintah di peringkat negeri dan pusat harsu digembeling dan ditingkatkan bagi memastikan kewujudan ini tidak terus menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat negara ini."katanya.
Bagi tempoh tahun 2000 hingga tahun 2008, angka sijil kelahiran tanpa bapa kini mencecah 257 000. Kebanyakkan yang menyumbang kepada lambakan sijil tersebut adalah berleluasanya seks luar nikah, rogol, sumbang mahram dan bersekedudukan. Ia seperti endemik yang seolah-olah tidak dapat dikawal daripada terus merebak sekaligus meragut banyak nyawa dan maruah mereka yang tidak berdosa.
Secara purata, 2 500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.
Sehingga kini, Selangor merupakan pengeluar bilangan ‘anak tanpa bapa’ tetinggi di Malaysia dengan angka 12 836 orang, diikuti Perak 9 788 orang dan Kuala Lumpur seramai 9 439 orang.
Tiada gunanya negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi jika kualiti diri penduduk berada di tahap yang begitu rendah. Adakah dapat kita bayangkan suatu hari kelak, budaya seks bebas dan tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah diterima sehinggakan masyarakat mengaggapnya tidak salah.
Golongan yang menolak gaya hidup itu pula akan dikatakan kolot dan ketinggalan zaman.
Untuk mengelak penyakit sosial itu merebak dan bernanah di dalam masyarakat, maka sudah tiba masanya satu peruntukan undang-undang digubal bagi menyeret lelaki yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan dan jika disabit kesalahan, mereka patut dihukum penjara sekurang-kurangnya 20 tahun atau dikenakan denda dalam jumlah yang besar.
Mungkin bagi sesetengah orang, membayar denda tidak menjadi masalah. Justeru, hukuman sebat di khalayak ramai mengikut undang-undang syariah yang hanya melibatkan pesalah beragama Islam wajar dilaksanakan.
Hukuman itu patut diadakan di perkarangan masjid selepas solat Jumaat seperti mana yang dipraktikkan di negara Arab Saudi. Sekiranya hukuman sebat itu dilaksanakan, maka mereka yang mahu melakukan perbuatan terkutuk tersebut akan berfikir panjang sebelum melakukannya.
0 Komen :
Catat Ulasan