Kerajaan Negeri Pulau Pinang Guna Wang Sumber Perjudian?



LIM GUANG ENG DIGESA BERI PENJELASAN

PULAU PINANG –

Pergerakan Pemuda UMNO mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung satu dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan kepada warga emas dan waris kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas sebanyak RM100 dan RM1000 adalah menggunakan wang daripada sumber perjudian.


Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezak Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng perlu segera tampil memberi penjelasan kerana terdapat dakwaan dalam blog ‘Pisau.Net’ itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang terhadap segelintir penerima wang ehsan itu, terutama bagi penganut beragama Islam.


“Saya telah menerima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara tersebut dan mereka bimbang kerana sudah menerima wang terbabit sejak kerjaaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas pada bulan april yang lalu.


“Mereka amat bimbang dengan dakwaan yang mengatakan wang berkenaan dari sumber duit perjudian yang haram bagi umat Islam. Penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit.” Jelas beliau semasa ditemui di majlis rumah terbuka aidilfitri Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dekat Kepala Batas baru-baru ini.


Beliau menegaskan bahawa UMNO bukan menuduh kerajaan negeri menggunakan wang dari sumber perjudian untuk melaksanakan program penghargaan warga emas, sebaliknya hanya mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut bagi menghilangkan rasa keraguan rakyat.


“Kami tidak menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang berbuat demikian, cuma mahu pihak yang bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung dakwaan blog berkenaan yang membabitkan orang ramai terutama warga emas yang bergama Islam yang menerima wang ehsan berkenaan.


“Sekiranya dakwaan yang dilemparkan itu tidak benar, kita harus mengambil tindakan undang-undang terhadap blog berkenaan. Kita tidak akan hanya berdiam diri seperti mereka sekarang sehingga menyebabkan rakyat merasa gelisih.” Katanya.


Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kawasan Kepala Batas berkata, “sebagai sebuah kerajaan negeri yang mengaku mangamalkan CAT (Kompeten, Akauntabiliti dan Telus), kerajaan negeri Pulau Pinang harus telus dan menyatakan sumber kewangan sebenar berhubung program pemberian wang ehsan berkenaan bagi menyenangkan hati para penerima wang terbabit khususnya mereka yang beragama Islam.”

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan