PTPL CATAT 30% PELAJAR CEMERLANG
Sungai Petani, Kedah -
Futsal merupakan satu permainan berasaskan bola sepak tertutup secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak. Sukan futsal ini amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Tidak ketiggalan juga turut diminati oleh golongan wanita.
Bagi menyemarakkan lagi semangat bersukan, Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) bekerjasama dengan UMNO Bahagian Sungai Petani telah bersepakat untuk menubuhkan satu ‘Kejohanan Futsal 1Malaysia’. Pertandingan futsal ini telah diadakan di SP Futsal, Padang Temusu.
Pertandingan futsal yang diadakan kali ini bertujuan untuk menyahut seruan ‘Juara Bersama Rakyat.’ Selain itu, ia juga bertujuan untuk membentuk kerjasama yang baik antara pelajar dan kakitangan Kolej PTPL dengan pihak UMNO sungai petani.
Juara pertandingan ini akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800 bersama piala kejohanan dan trofi. Tempat ke-2 pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500. Manakala tempat ke-3 akan membawa pulang wang saguhati sebanyak RM300. Jumlah keseluruhan hadiah yang dikeluarkan untuk petandingan futsal kali ini ialah RM 1600.
Aidil Adzhar Abu Samah, Pengetua Kolej PTPL ketika ditemubual berkata, “penganjuran aktiviti sukan futsal kali ini amat menepati hasrat kolej untuk melahirkan pelajar-pelajar yang sihat dan sekaligus dapat menjadikan mereka cergas pemikirannya. Ini sangat penting dalam proses pembelajaran di peringkat IPT.
“Pihak kolej sekarang ini mensasarkan pelajar cemerlang di Kolej PTPL pada tahun ini meningkat sebanyak 30% berbanding tahun lepas hanya 25%. Selain itu, dari sudut penyertaan pasukan berbagai bangsa pula memberi makna bahawa IPT khususnya Kolej PTPL Sungai Petani juga sebenarnya tidak ketinggalan dalam membawa visi dan misi kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia dalam bersukan.” Katanya.
Menurut Muhd. Hasif, salah seorang penyokong yang hadir berkata, “saya berasa sungguh bangga pada hari ini kerana Azhar Mahmud, Ketua Pemuda UMNO bahagian Sungai Petani sudi meluangkan masa untuk turun padang bertemu rakyat dan sanggup memberi sokongan kepada pemain-pemain futsal yang mengambil bahagian.
“Pertandingan futsal Piala Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dengan usahasama Kolej PTPL Sungai petani kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh orang ramai. Disebabkan terlalu ramai peserta yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan futsal ini, pihak urusetia terpaksa menolak beberapa penyertaan yang dihantar. Pertandingan futsal yang diadakan ini terbuka untuk semua lapisan masyarakat.” Terangnya.
Tambahnya lagi, “pasukan yang akan menang pertandingan futsal kali ini memang sangat bertuah kerana ini pertama kali diadakan Kejohanan Futsal 1 Malaysia. Tambahan pula pemenang akan membawa pulang Piala Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani. Saya berharap aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada tahun hadapan ataupun pada masa akan datang.”
Pertandingan futsal ini telah berpihak kepada pasukan SP Boy (A) setelah mengalahkan pasukan SP Boy (B) dengan jaringan gol 3 berbalas 2. Dengan keputusan yang diperolehi telah membuktikan bahawa pasukan SP Boy (A) akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800 bersama Piala Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani serta trofi.
Sebanyak 27 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan futsal kali ini. Pertandingan yang diadakan telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekacauan oleh pihak-pihak luar. Objektif pertandigan futsal ini diadakan juga bertujuan untuk menerapkan budaya sihat dalam bersukan.
0 Komen :
Catat Ulasan