Promosi

Promosi
Sukan Drift Terbesar di Utara




ALTERNATIF ELAK LUMBA HARAM

Batu Kawan, Pulau Pinang –

Satu pertandingan sukan permotoran drift terbesar di utara semenanjung telah diadakan di Stadium Negeri Batu Kawan.

Acara yang bermula seawal jam 8 pagi ini telah berakhir pada jam 6 petang. Seramai 50 peserta telah menyertai pertandingan tersebut.

Lubri-Talyst Drift Challenge 2010 adalah anjuran Speed Zone Lubricant dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Matlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada anak-anak muda bagi menyertai sukan permotoran dengan menyediakan tempat yang bersesuain buat mereka.

Pertandingan ini merupakan antara alternatif yang dipilih untuk menghindarkan kegiatan penggunaan jalan raya sebagai lumba haram.

Penganjur pertandingan, Azmy Saleh, ketika ditemui berkata, “pengunjung yang hadir akan mendapat ilmu dan pengetahuan yang baru dimana kita akan menerangkan kepada orang ramai mengenai penggunaan enjin dan minyak yang betul untuk melakukan drift.”

Turut hadir menyerikan majlis pada hari ini ialah Raja Razman Ibni Sultan Idris dari Kelab Kart Wawasan serta beberapa pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang.

Tiada ulasan