Perkara itu
berikutan tersebarnya sekeping gambar beliau mengadakan pertemuan dengan Adun
Padang Kota, Chow Kon Yeow yang juga merupakan calon yang disebut-sebut sebagai
Ketua Menteri Pulau Pinang yang baharu.
Namun gambar
yang tular itu tidak dinyatakan bila dan di mana pertemuan dua pemimpin tersebut
berlangsung.
Gambar itu
juga secara tidak langsung menguatkan lagi khabar angin yang mengatakan beliau
akan dilantik sebagai TKM1 Pulau Pinang, sementara Kon Yeow pula sebagai Ketua
Menteri Pulau Pinang yang baharu.
Spekulasi
pelantikan TKM1 berlaku selepas penyandangnya pada sebelum ini, Datuk Mohd
Rashid Hasnon tidak bertanding di mana-mana kerusi Dun di Pulau Pinang pada
PRU14.
Afif selaku
bekas exco kerajaan negeri dikatakan antara individu yang paling layak menjawat
sebagai TKM1 Pulau Pinang yang baharu kerana mempunyai pengalaman mentadbir
Pulau Pinang.
Beliau juga
banyak melakukan aktiviti dan program kemasyarakatan di seluruh negeri,
khususnya melibatkan portfolio kesihatan dan pembangunan desa.
Kerajinan
dan kecemerlangan yang ditonjolkan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)
itu sepanjang menjawat sebagai exco kerajaan negeri merupakan antara faktor
yang boleh mendorong untuk beliau dilantik mengisi jawatan tersebut.
0 Komen :
Catat Ulasan