Menurutnya, kerusi
Parlimen mana yang akan ditandingi belum ditentukan lagi.
“Kita dapat
lima kerusi di Selangor iaitu Sepang, Shah Alam, Kota Raja, Kuala Selangor dan Hulu
Langat.
“Saya akan
bertanding di salah satu kerusi parlimen tersebut. Ia akan ditentukan dalam sedikit
hari lagi,” katanya.
Pengesahan
itu secara tidak langsung menjawab spekulasi yang mengatakan beliau kemungkinan
akan bertanding di salah satu kerusi parlimen di Pulau Pinang.
Pada PRU13
lalu, bekas Timbalan Presiden Pas itu bertanding di Pendang dan tewas kepada
calon BN dengan majoriti 2,638 undi.
0 Komen :
Catat Ulasan