Pasma tidak letak calon PRU14


Persatuan Ummah Sejahtera (Pasma) menolak dakwaan bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presidennya Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, Pasma merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak akan memberi saingan kepada mana-mana parti politik.
    
"Kita mahu meningkatkan sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat. Kita tidak fikir lagi untuk mendaftar sebagai sebuah parti politik kerana bagi penyokong kita mereka lebih selesa jika tidak ada platform (politik)," katanya.

Beliau yang juga bekas Exco Kedah berkata, Pasma tidak mempunyai perancangan meletakkan calon-calon untuk bertanding pada PRU ke-14.

Menurutnya, apa yang terjadi kini adalah banyak pihak termasuk di kalangan pimpinan PAS mempunyai persepsi yang salah tentang Pasma serta objektif penubuhannya.

Phahrolrazi berkata ramai di kalangan penyokong-penyokong Pasma lebih berminat untuk bergiat di bawah platform NGO yang lebih longgar dan tidak mahu terikat dengan disiplin parti politik yang ketat.

Katanya, Pasma kini bergiat di seluruh negara kecuali Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak serta mensasarkan untuk menarik keahlian di kalangan penyokong-penyokong Pakatan.

"Pasma meletakkan sasaran 1 juta keahlian atau kira-kira 25 peratus daripada 4 juta penyokong pembangkang. Kita mahu membina struktur organisasi Pasma di setiap kawasan Parlimen," katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan