Letupan Bom: cuba ambil tembaga untuk jual

KUALA LUMPUR - Polis percaya bahawa anggota tentera yang mencuri roket antikereta perisai daripada sebuah kem di Kedah berniat untuk menjual logam bernilai daripada bahan tersebut.

“Motifnya mudah. Bahan (roket antikereta perisai) ini mengandungi tembaga, mungkin dia kumpul untuk dijual sebagai logam lusuh,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Katanya, kejadian serupa pernah berlaku di negara seperti Vietnam yang menyebabkan individu terlibat kehilangan nyawa atau hilang anggota badan.

Letupan kuat dalam kejadian akibat roket tersebut merosakkan lebih daripada 40 buah rumah dalam kejadian di Gurun bulan lalu.

"Ada penduduk yang kumpul bom zaman perang, ceraikan dan ambil logam untuk dijual sebagai logam lusuh.

“Jadi saya fikir anggota tentera itu cuba mendapatkan bahan untuk untuk dijual sebagai logam lusuh,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Sementara itu menurut Bernama, Noor Rashid berkata polis mendapati Ayub mengambil bom yang tidak meletup di lapang sasar.

"Pengambilan bom itu tidak digunakan bagi tujuan jenayah," katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Anggota tentera terbabit Ayub Hashim, 34, menyeludup keluar roket berkenaan daripada Kem Hobart di Gurun.

Beliau dilihat sedang mengisar bahan letupan di belakang rumahnya sebelum kejadian letupan pada malam sebelum hari Krismas itu.

Ayub, serta anak perempuannya berusia lapan tahun, Nur Idayu Syahirah Ayob serta anak kepada jirannya, Aqif Mohd Shahrizal, 4, terbunuh dalam letupan tersebut.

Isteri Allahyarham yang hamil enam bulan, Sharifah Azlina Hashim, 30, maut akibat kecederaan selepas itu.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan