Gerakan guna slogan PR bantu kempen BN

'ini kalilah' untuk calon BN: Hoi Keong


ALOR SETAR – Parti Gerakan tekad menggunakan slogan yang sering dilaungkan Pakatan Rakyat (PR) ketika berkempen PRU13, ‘ini kalilah’ dalam membantu BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, 4 November ini.

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Lau Hoi Keong berkata, slogan itu bukan berniat untuk meniru pendekatan PR, tetapi untuk meyakinkan pengundi bahawa ‘ini kalilah’ perlu adakan perubahan di Dun Sungai Limau.

“Kita cukup serius dalam PRK ini dan akan bawa ahli-ahli di negeri lain untuk bantu BN, khususnya pada hari penamaan calon, 23 Oktober ini.

“Slogan ‘ini kalilah’ walaupun digunakan PR, tapi untuk mereka (PR) di Kedah sudah cukup untuk ubah daripada kerajaan PR kepada BN yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir,” katanya pada sidang media, di Pejabat Gerakan Kedah, di sini, petang semalam.

Sambil melaungkan ‘ini kalilah untuk BN’, beliau berkata, PRK Dun Sungai Limau bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk dimenangi.

Beliau yang juga calon BN di Parlimen Kepong berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada siapa saja calon yang ditetapkan oleh BN, asalkan kemenangan itu berpihak kepada BN.

“Kita akan buat lawatan ke setiap rumah untuk dedahkan ‘ini kalilah’ untuk calon BN di Dun Sungai Limau selepas lima penggal berturut-turut di pimpin oleh Pas. Kita tidak akan tinggal satu rumah pun di kawasan itu, khususnya bagi kaum Cina,” katanya.



Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan