PKR Kedah kesal KDN rampas tabloid pembangkang

Harakah, Suara Keadilan, The Rocket dirampas!
 
ALOR SETAR – PKR Kedah kesal tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas akhbar tabloid milik pembangkang di negeri ini, kelmarin.

Ketua Biro Undang-undang PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, tindakan tersebut jelas membuktikan sebagai cubaan untuk menyekat rakyat Kedah mendapatkan berita dan maklumat pihak pembangkang, terutamanya kritikan berkaitan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

“Saya percaya tindakan keras terhadap akhbar pihak pembangkang ini adalah disebabkan BN gagal untuk menghalang ratusan ribu rakyat Malaysia untuk keluar memberi sokongan bagi Himpunan Black505 di seluruh negara.

“Walaupun mereka telah menggunakan ugutan intimidasi dan menahan pemimpin politik serta aktivis pro-pembangkang, rakyat tetap menyokong kita,” katanya.

Menurutnya, penindasan ini juga akan memberi kesan kepada penduduk di luar bandar yang tidak dapat mengetahui perkembangan politik semasa pembangkang.

Sebelum ini, KDN dilaporkan telah merampas sebanyak 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

Rampasan itu juga melibatkan sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket kerana didakwa gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan