Fadzil (dua,kanan) |
ALOR SETAR – Pas didakwa telah ‘murtad’ dari memperjuangkan negara Islam demi kepentingan politik bersama DAP.
Bekas Adun Alor Mengkudu yang juga mantan Pengerusi Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Fadzil Hanafi berkata, Pas dilabelkan murtad kerana mereka telah meletakkan Islam adalah sama dengan agama lain ekoran membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh agama lain.
Bagaimanapun, Fadzil menegaskan, sekiranya Pas diberikan peluang untuk mentadbir negara ini, kemungkinan besar rakyat tidak dapat menikmati hidup aman, damai dan makmur seperti hari ini.
“Kita setuju negara Islam, orang Cina pun setuju sebab Islam ini bagus. Islam tidak tindas bangsa dan agama lain. Tapi disebabkan kerjasama dengan DAP, maka Pas sanggup ‘murtad’ tinggal negara Islam dan ambil negara berkebajikan.
“Ini menunjukan sikap bahawa mereka tidak yakin kepada Islam itu sendiri. Mereka memperalatkan agama semata-mata untuk kepentingan politik,” katanya semasa ucapan pada program Rali Selamatkan Kedah di perkarangan pasar raya Mydin, Alor Mengkudu, di sini.
Menurutnya, sekiranya dirujuk berdasarkan al-Quran, apa yang telah diperlakukan oleh Pas ini memang terbukti bahawa mereka memperalatkan Islam.
“Kalau betul mereka menghayati Islam, walau dalam suasana politik bagaimanapun, mereka mestilah menjaga akhlak, adab dan nilai-nilai murni yang ditanamkan dalam Islam. Tetapi malangnya, orang Islam yang mengaku memperjuangkan Islam itu tidak dapat menunjukkkan akhlak terpuji. Sebaliknya melakukan apa saja semata-mata untuk kepentingan politik,” katanya.
Turut sama hadir pada program tersebut adalah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung, Ketua Pemuda Umno Kedah, Badrol Hisham Hashim, Pengerusi Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah, Ku Iskandar Ku Ismail, dan ketua-ketua pemuda parti komponen BN Kedah.
0 Komen :
Catat Ulasan