'Pakaian menjolok mata bukan budaya
orang Cina'
ALOR SETAR – MCA menempelak tindakan
Kerajaan Negeri Kedah yang menetapkan peraturan dan syarat tertentu bagi
pemakaian pakaian sopan semasa sambutan tahun baru Cina di negeri ini.
Naib Presidennya, Datuk Seri Chor Chee
Heung berkata, kerajaan negeri tidak patut meletakkan syarat tersebut kerana
orang Cina juga sentiasa menjaga adab bangsanya.
Beliau berkata, apa yang lebih penting
ialah individu atau artis yang membuat persembahan semasa sambutan tahun baru
Cina mestilah mempunyai pilihan pakaian yang bersesuaian.
“Memakai pakaian yang tidak senonoh
dan menjolok mata bukanlah budaya masyarakat Cina. Apa yang penting adalah kita
mesti mempunyai pilihan tersendiri dalam soal pakaian yang kita nak pakai.
“Asalkan kita tidak pakai pakaian yang
tidak menjolok mata, saya percaya sudah memadailah. Tidak perlu kerajaan negeri
nak bagi tahu apa yang patut pakai atau tidak patut pakai,” katanya kepada Media Wahana selepas merasmikan sambutan tahun baru Cina anjuran Pertubuhan
Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) Kedah di perkarangan City Plaza, di sini,
kelmarin.
Menurutnya lagi, pakaian penari malam
ini (kelmarin) juga lebih sopan berbanding pemakaian artis semasa sambutan
tahun baru Cina anjuran PKR negeri di Kulim, baru-baru ini.
“Pakaian mereka lebih teruk, itu bukan
budaya kita. Ini tengok, begitu sopan sekali pakaian artis yang buat
persembahan malam ini.
0 Komen :
Catat Ulasan