Guan Eng disaran peluk Islam : KALIMAH ALLAH


Jangan sibuk kacau hak orang Islam

ALOR SETAR – Pertubuhan Seni Silat Garuda Malaysia menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kalimah ALLAH digunakan dalam Bible atau kitab Injil versi bahasa Melayu adalah cuba mewujudkan huru-hara dikalangan umat Islam.

Yang Dipertuanya (YDP), Mansor Ahmad berkata, walaupun majlis syurat menutuskan supaya kalimah Allah tidak boleh digunakan untuk orang bukan Islam, tetapi hari ini dilihat Guan Eng terlalu sibuk kacau tentang agama lain.

Katanya, kekacauan itu cuba dilakukan dengan menjadikan isu kalimah ALLAH sebagai perkara yang boleh menghuru-harakan umat Islam di negara ini.

“Sekiranya Guan Eng terlalu sibuk dengan kalimah ALLAH, kita suruh dia masuk Islam. Lepas itu kita akan bawa dia khatan seterusnya kita biarkan dia guna nama ALLAH dimerata-rata tempat, dirumah dan dimana-mana setelah dia Islam.

“Tapi selagi dia tidak mengucap dua kalimah Syahadah dan bukan Islam, jangan sibuk nak kacau pasal hak orang Islam, jaga agama sendiri!,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berhubung isu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kotar Setar, di sini, baru-baru ini.

Mansor menegaskan, tindakan Guan Eng itu menunjukkan beliau Cuma mahu mewujudkan suasana huru hara dilangan umat Islam dan dimana Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya menjadi ‘pak turut’.

“Apa yang Guan End kata turut, turut sebulat-bulat. Tapi hari ini apa dah jadi? Saya berpendapat, Abdul Hadi dan Nik Aiz tidak layak sebagai pemimpin yang memimpin umat Islam,” katanya.
Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan