Terus sokong ‘amanat haji Hadi’



ALOR SETAR – Anak-anak muda di Perkampungan Memali, Baling menyokong penuh ‘amanat haji Hadi’ meskipun terdapat pihak yang mendakwa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah penyebab kepada peristiwa Memali pada tahun 1985.

Seramai 80 orang anak muda Kampung Memali telah berhimpun menyatakan dokongan mereka untuk terus bangun berjihad menentang kezaliman Umno yang didakwa menjadi punca utama peristiwa berdarah itu.

Menurut sumber dalaman, mereka berhimpun sebagai tanda menyokong ‘amanat haji Hadi’ walaupun ia tiada kaitan dengan peristiwa Memali.

“Peristiwa Memali memang tidak ada kaitan dengan amanat itu, tetapi Umno lah punca peristiwa Memali berlaku.

“Darah yang mengalir dalam tubuh kami adalah dari semangat jihad para syuhada’ Memali. Kami akan terus menentang Umno,” katanya semasa himpunan di Markas Pas cawangan Kampung Memali, Baling.

Sementara itu, Naib Ketua Pas cawangan Kampung Memali, Yusop Che Mid ketika kuliah subuhnya menyatakan bahawa sejarah peristiwa Memali akan terus diingati penduduk di situ.

“Pada ketika itu, ia hanyalah sebuah perkampungan kecil yang tidak wujud pun dalam peta daerah, malah nama asal kampung tersebut juga sebenarnya Kampung Mali yang diambil nama dari sebuah pokok.

“Sehinggalah sehari selepas peristiwa berdarah itu, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam menyebutnya sebagai Kampung Memali dan digunakan di media-media masa. Lalu kekal lah panggilan itu secara rasmi hingga hari ini,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan