Lantikan Anwar sah sebagai Ketua Umum




ALOR SETAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan bahawa perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umumnya adalah sah.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agamanya, Ahmad Kassim berkata, usul yang dibuat Majlis Tertinggi PKR semasa Kongres PKR 2007 di Seremban adalah terpakai selagi tidak ada usul yang boleh membatalkannya.



Katanya, Anwar adalah pemimpin karismatik yang wujud secara semulajadi, bukan pemimpin yang dibentuk.



“Waktu itu undang-undang tidak membenarkan mana-mana bekas banduan memegang jawatan dalam organisasi. Tapi, semasa dia jadi banduan dulu pun, dia adalah seorang pemimpin.



“Kemudian, kita tubuhkan PKR atas semangat ingin melihat keadilan berpihak kepada Anwar yang telah dizalimi oleh Barisan Nasional (BN) ketika itu.



“Bagaimanapun, sehingga kini, tidak ada seorang pun ahli PKR yang mempertikai jawatan Anwar sebagai Ketua Umum,” katanya kepada Media Wahana.



Terdahulu, sebuah laman sesawang melaporkan kenyataan DAP dan PKR yang bertegas mahukan Anwar serta mengenepikan cadangan agar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menduduki kerusi Perdana Menteri (PM) sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti, memperlihatkan sikap tidak demokratik Pakatan Pembangkang di dalam soal pemilihan ketua untuk menerajui negara.



Laporan itu menyebut, ini disebabkan, jawatan yang disandang oleh Anwar baik di dalam parti PKR, mahupun di dalam gabungan Pakatan Pembangkang merupakan jawatan lantikan dan bukannya pemilihan secara demokrasi yang berlaku di peringkat akar umbi, demikian menurut kata Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.



“Sedangkan, Hadi Awang merupakan seorang pemimpin yang dipilih oleh ahli akar umno mengikut saluran demokrasi yang sebenar. Bagaimana kita mahu meletakkan seorang pemimpin yang tidak dipilih secara demokrasi di dalam partinya sendiri untuk menerajui negara yang berpegang kepada prinsip demokrasi?



“Sepatutnya Presiden Pas lebih layak lantaran jawatan yang dipegang belia di dalam parti adalah berdasarkan pemilihan ahli di peringkat akar umbi. Jado, daripada sudut demokrasi, ternyata Hadi Awang lebih layak berbanding Anwar untuk jawatan PM,” katanya.

Share on Google Plus

About Media Wahana

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Komen :

Catat Ulasan