ALOR SETAR –
Umno Kedah mendakwa calon melayu yang bertanding untuk kerusi Jawatankuasa
Eksekutif Pusat (CEC) DAP ditolak bukan perkara baru kerana sejak dahulu lagi
parti itu sering meminggirkan orang Melayu daripada perjuangan bersama.
Pengerusi
Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah MD Hanipah berkata, tiada yang
pelik apabila calon melayu tidak terpilih dalam majlis kerja DAP kerana DAP
adalah parti yang sememangnya tidak mengalukan Melayu.
Katanya,
sememangnya orang melayu tiada tempat dalam parti DAP dan pemilihan kali ini
hanya untuk menyerlahkan senario berkenaan sahaja.
“Tindakan
DAP melantik dua wakil Melayu tidak lebih hanya untuk mengambil hati orang
Malayu, tetapi tindakan itu tidak akan dapat memperdayakan Melayu selagi
perjuangan parti itu hanya mirip kaum tertentu.
“DAP
kononnya berjuang atas dasar kesamarataan kaum, tetapi dalam parti itu sendiri
gagal membuktikan dasar berkenaan.
“Bagaimana
mereka boleh bercakap soal kesamarataan kaum sedangkan dalam rumah mereka
sendiri tidak mempraktikkan dasar itu,” katanya .
Ahmad Bashah
berkata, pemilihan CEC DAP kali ini telah membuktikan bahawa usaha DAP untuk
mengambil hati orang Melayu adalah gagal.
“Dalam
senario di Kedah pula, DAP sememangnya tiada tempat bagi orang melayu kerana
perjuangan parti itu tidak membela nasib kaum Melayu,” katanya.
0 Komen :
Catat Ulasan